Kawalan Privasi Aktiviti Berkumpulan

Apakah Aktiviti Berkumpulan?

“Aktiviti berkumpulan” ialah salah satu aktiviti kamu yang telah dikelompokkan dengan sekurang-kurangnya satu aktiviti lain yang dimuat naik oleh atlet yang berbeza. Aktiviti kamu akan dikelompokkan dengan atlet lain jika kamu bertindih untuk tempoh masa tertentu. Pengelompokan ini akan dipaparkan dalam suapan aktiviti serta pada halaman butiran aktiviti. Ketahui lebih lanjut di sini.

Cara Ciri Ini Berfungsi

Tetapan “Aktiviti Berkumpulan” ialah tetapan lalai kamu dan tidak boleh dihidupkan atau dimatikan untuk aktiviti individu. Namun, kamu sentiasa boleh mengeluarkan aktiviti individu daripada kumpulan dengan menggunakan butang keluar kumpulan pada laman web atau aplikasi mudah alih, tanpa mengira tetapan Aktiviti Berkumpulan kamu. Menukar Kawalan Privasi Aktiviti Berkumpulan akan terpakai untuk semua aktiviti sedia ada dan baru dalam akaun Strava kamu.

Tetapkan kawalan privasi Aktiviti Berkumpulan kamu kepada “Semua untuk membenarkan atlet lain melihat bahawa kamu sebahagian daripada kumpulan. Apabila kamu memilih Semua:

  • Mana-mana atlet Strava:
    • Boleh melihat bahawa kamu sebahagian daripada kumpulan.
    • Boleh dipadankan dengan aktiviti kamu.
    • Boleh melihat bahawa kamu telah dipadankan dengan aktiviti mereka.
  • Atlet yang disekat:
    • Tidak boleh melihat kamu dikelompokkan dengan aktiviti mereka dan kamu tidak akan melihat mereka dikelompokkan dengan aktiviti kamu.

Tetapkan kawalan privasi Aktiviti Berkumpulan kamu kepada “Pengikut” jika kamu lebih suka hanya pengikut atau orang yang kamu ikuti dapat melihat bahawa kamu sebahagian daripada kumpulan. Apabila kamu memilih Pengikut:

  • Pengikut:
    • Boleh melihat kamu sebahagian daripada kumpulan
  • Atlet yang Kamu Ikuti:
    • Boleh melihat kamu sebahagian daripada kumpulan.
  •  Bukan Pengikut:
    • Tidak boleh melihat kamu dikelompokkan dengan aktiviti mereka.
    • Tidak boleh melihat kamu sebahagian daripada kumpulan atlet lain.
    • Tidak boleh melihat kamu dikelompokkan dengan atlet lain pada aktiviti kamu sendiri.
    • Boleh dikelompokkan dengan aktiviti kamu tetapi mereka tidak akan melihat pengelompokan ini. Hanya kamu dan pengikut/mereka yang kamu ikuti sahaja yang akan melihatnya.
  •  Kamu:
    • Masih boleh melihat diri kamu dikelompokkan dengan bukan pengikut pada halaman butiran aktiviti kamu, tetapi bukan pengikut tersebut tidak akan melihat kamu dikelompokkan apabila mereka melihat halaman butiran aktiviti mereka sendiri.

Tetapkan kawalan privasi Aktiviti Berkumpulan kamu kepada “Tiada Sesiapa” jika kamu lebih suka aktiviti kamu tidak dikelompokkan dengan atlet Strava lain. Apabila kamu memilih Tiada Sesiapa:

  • Tiada atlet akan dikelompokkan dalam aktiviti kamu dan kamu juga tidak akan dipaparkan dalam kumpulan pada aktiviti orang lain.
  • Semua aktiviti lalu kamu akan dikeluarkan daripada pengelompokan.

Sila ambil perhatian bahawa kawalan privasi Aktiviti Berkumpulan menentukan sama ada aktiviti boleh dikelompokkan dengan aktiviti atlet lain. Namun, ini tidak mengubah orang yang boleh melihat aktiviti kamu. Tetapan privasi aktiviti akan mengatasi tetapan privasi aktiviti berkumpulan sekiranya kamu memilih keterlihatan aktiviti yang lebih terhad. Jika kawalan privasi aktiviti kamu tidak membenarkan atlet melihat aktiviti kamu, mereka tidak akan melihat aktiviti tersebut dikelompokkan dengan yang lain.

Mengurus Kawalan Privasi Aktiviti Berkumpulan Kamu

  • Di web, arahkan kursor ke gambar profil kamu di bahagian kanan atas dan pilih Tetapan.
    • Klik pada tab Kawalan Privasi di sebelah kiri.
    • Pilih “Semua,” “Pengikut” atau “Tiada Sesiapa” di bawah “Aktiviti Berkumpulan.”
  • Di aplikasi mudah alih, buka tetapan kamu daripada ikon di penjuru kanan atas tab kawalan Kamu. Ketik Kawalan Privasi > Aktiviti Berkumpulan untuk memilih antara “Semua,” “Pengikut” atau “Tiada Sesiapa.”
  •  
Adakah artikel ini membantu?
17 daripada 44 mendapati ini berguna

Komen

0 komen

Artikel ditutup untuk komen.