Langkau ke kandungan utama

Menyelaraskan Kenalan dan Sambungan anda dengan Strava

Ditulis oleh Rochelle Garcia

Bagaimana kami menggunakan maklumat yang anda dan atlet-atlet lain hantar kepada kami mengenai sambungan anda

Anda dan pengguna lain boleh memilih untuk memberikan maklumat daripada buku alamat telefon anda kepada Strava. Berikut adalah cara kami menggunakan maklumat tersebut.

Strava Beacon.

  • Beacon Strava ialah satu ciri yang tersedia untuk pelanggan-pelanggan Strava, yang membolehkan anda menghantar lokasi langsung anda, yang dijejak melalui aplikasi Strava, kepada kenalan keselamatan pilihan anda. Jika anda segerak buku alamat telefon anda untuk digunakan dengan Beacon, kami hanya akan menggunakan maklumat ini untuk memudahkan anda memilih penerima bagi mesej keselamatan anda. Kami akan memulakan mesej SMS dari nombor telefon anda ke nombor telefon kenalan kecemasan anda. Mesej ini mengandungi pautan untuk melihat lokasi langsung anda melalui laman web. Beacon hanya mengakses buku alamat telefon anda untuk tujuan ini. Beacon tidak menggunakan buku alamat anda untuk sebarang tujuan lain, termasuk mencadangkan rakan seperti yang diterangkan di bawah.

Sambungan Komuniti. Kami juga mempromosikan pengalaman komuniti Strava melalui hubungan sosial. Jika anda memberikan kebenaran, kami akan menggunakan buku alamat telefon anda seperti yang dinyatakan di bawah.

  • Sambungan Buku Alamat

    • Apabila anda memberikan buku alamat telefon anda kepada Strava, Strava akan menyimpan keseluruhan senarai sambungan buku alamat anda dan memaparkannya dalam dua cara. Pertama sekali, pada halaman “Cari Rakan” kami di bawah tab kawalan Kenalan, kami memaparkan kenalan buku alamat anda yang berada di Strava supaya anda boleh ikuti mereka dengan mudah. Kami melakukan ini dengan mengenal pasti mana-mana atlet-atlet Strava lain yang alamat e-mel akaun Strava atau nombor telefon mereka terdapat dalam buku alamat telefon yang anda berikan kepada Strava.

    • Kedua, di halaman “Cari Rakan” dalam aplikasi mudah alih Strava, anda juga akan menemui senarai kenalan anda yang belum menjadi ahli Strava. Anda boleh memilih sama ada untuk menjemput mana-mana daripada mereka untuk menyertai Strava menggunakan kaedah pilihan anda, atau dengan membenarkan Strava menghantar e-mel bagi pihak anda. Sekiranya anda memilih untuk membenarkan Strava menghantar e-mel kepada kenalan anda yang bukan ahli Strava, kami menyediakan pilihan untuk kenalan tersebut berhenti melanggan daripada menerima e-mel selanjutnya daripada Strava.

  • Cadangan Diikuti

    • Cadangan untuk diikuti ialah atlet-atlet yang kami rasa anda mungkin kenali berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami daripada buku alamat telefon anda. Atau kami mungkin mencadangkan pengikut berdasarkan inferens tentang siapa rakan bersama anda. Sebagai contoh, jika Atlet A dan Atlet B kedua-duanya ikuti Atlet C tetapi tidak ikuti satu sama lain, kami akan mencadangkan kepada Atlet A supaya mereka ikuti Atlet B, dan sebaliknya. Atau, jika Atlet A menyegerakkan buku alamat telefonnya dengan Strava dan ia mengandungi alamat emel atau nombor telefon yang dikaitkan dengan Atlet B, kami mungkin mencadangkan kepada kedua-dua Atlet A dan B supaya mereka ikuti satu sama lain.

    • Kami mempromosikan “Cadangan untuk diikuti” dalam suapan Strava, di halaman “Cari Rakan” di bawah tab kawalan Cadangan untuk Diikuti, dan melalui e-mel.

Cara lain untuk anda melihat sambungan anda

  • Cadangan untuk diikuti dijana untuk anda walaupun anda belum menyegerakkan buku alamat anda sendiri. Jika alamat e-mel atau nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun Strava anda terdapat dalam sambungan buku alamat atlet Strava lain yang memilih untuk memberikan buku alamat mereka kepada Strava, maka kami akan mencadangkan agar anda ikuti atlet ini.

  • Jika anda mendaftar ke Strava menggunakan alamat emel yang terdapat dalam buku alamat seseorang yang telah menyegerakkan buku alamat mereka ke Strava, kami akan memaklumkan individu tersebut bahawa anda berada di Strava dan kami mungkin mencadangkan agar mereka ikuti anda.

Bagaimana Strava mengakses kenalan anda dan bagaimana anda boleh menghalang akses kepada kenalan anda

  • Buku Alamat

    • Anda boleh memberikan Strava akses kepada buku alamat anda untuk sambungan sosial melalui halaman Cari Rakan. Anda mempunyai pilihan untuk segerak buku alamat anda di halaman ini semasa penciptaan akaun atau pada bila-bila masa selepas akaun anda dicipta. Selepas anda memilih untuk menghubungkan buku alamat anda, kami akan terus menyegerak kenalan anda secara berkala supaya kami dapat memberikan cadangan yang terkini kepada anda.

    • Anda boleh mengalih keluar sambungan buku alamat anda daripada penyegerakan dan penyimpanan selanjutnya oleh Strava dengan melawati menu Kebenaran Kenalan dari halaman Tetapan dalam aplikasi mudah alih.

Soalan Lazim

Bagaimana anda boleh memilih untuk tidak menerima cadangan akaun untuk diikuti sama sekali?

Pada masa ini, tiada cara untuk menghapuskan cadangan akaun yang disyorkan daripada suapan, tetapi komen-komen anda akan dipertimbangkan pada masa akan datang.

Bagaimana anda boleh menghapuskan semua kenalan anda dari Strava?

Anda boleh mengalih keluar sambungan buku alamat anda daripada diproses oleh Strava dengan melawati menu Kebenaran Kenalan dari halaman Tetapan dalam aplikasi mudah alih.

Bagaimana cara untuk mengeluarkan seorang atlet tertentu daripada Cadangan Untuk Diikuti?

Gunakan 'X' di penjuru kanan atas kad untuk cadangan dalam modul suapan jika anda ingin membuang cadangan ikuti. Ini bukan kekal dan hanya akan menghapuskan cadangan ini selama 28 hari.

Bagaimana jika anda melihat Cadangan Untuk Diikuti, tetapi anda hanya menyegerakkan kenalan untuk Beacon?

Beacon tidak menggunakan buku alamat anda untuk sebarang tujuan lain selain menghantar mesej keselamatan kepada kenalan anda. Sila rujuk bahagian di atas bertajuk “Cara lain untuk anda melihat sambungan anda” untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kami mencadangkan rakan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh atlet-atlet lain.

Adakah ini menjawab soalan anda?