Anda boleh menyembunyikan butiran berikut daripada aktiviti anda apabila dipaparkan dalam suapan atlet lain atau apabila orang lain melihat aktiviti anda.
Kadar denyutan jantung
Pace atau Kelajuan
Kuasa
Kalori
Masa Mula
Anda boleh mengaktifkan tetapan ini untuk setiap aktiviti atau menetapkan lalai seperti yang dinyatakan di bawah. Anda juga boleh membuat pelarasan pada bila-bila masa sekiranya anda berubah fikiran. Sila ambil perhatian bahawa butiran yang tersembunyi daripada halaman aktiviti mungkin masih boleh dilihat oleh atlet lain di bahagian lain dalam produk. Selain itu, atlet lain mungkin dapat mengagak butiran yang telah anda sembunyikan secara jelas dengan menggunakan maklumat yang masih kelihatan. Sebagai contoh, jika anda menyembunyikan Masa Mula anda, seseorang masih boleh membuat rumusan jika anda melengkapkan aktiviti anda dalam kumpulan bersama seseorang yang memaparkan masa mula mereka.
Cara Menyembunyikan Butiran
Anda boleh menyembunyikan butiran aktiviti anda melalui halaman Simpan Aktiviti selepas memuat naik rakaman aktiviti baharu. Cari bahagian “Butiran Tersembunyi” semasa menyimpan aktiviti baharu anda. Selain itu, anda boleh menyembunyikan butiran pada aktiviti yang telah dimuat naik sebelum ini dengan mengikuti arahan di bawah:
Pada aplikasi mudah alih:
Cari aktiviti yang anda ingin sembunyikan butiran anda.
Ketik ikon tiga titik di penjuru kanan atas.
Ketik Sunting Aktiviti.
Tatal ke bawah dan klik ikon mata di bawah "Butiran Tersembunyi."
Togol suis hidup (suis akan bertukar jingga) di sebelah butiran yang anda ingin sembunyikan.
Ketik butang simpan atau kemas kini pada halaman Sunting Aktiviti untuk menerapkan perubahan anda.
Pada laman web:
Pada laman web Strava, cari aktiviti yang anda ingin sembunyikan butiran anda.
Klik ikon pensel untuk menyunting aktiviti.
Tandakan kotak di sebelah butiran yang anda ingin sembunyikan
Klik butang “Simpan” pada halaman Sunting Aktiviti untuk menerapkan perubahan anda.
Tetapan Lalai untuk Butiran Tersembunyi
Kini, atlet boleh menetapkan tetapan lalai untuk butiran yang tersembunyi supaya anda tidak perlu membuat tetapan semula pada setiap aktiviti. Statistik yang boleh dikawal termasuk Masa Mula, Pace, Kelajuan, Kalori, Kuasa, dan Kadar Denyutan Jantung.
Tetapan lalai boleh didapati:
Dalam aplikasi, dengan pergi ke menu tetapan akaun daripada tab kawalan Anda > ikon Tetapan > Kawalan Privasi > Butiran Tersembunyi
Pada web, dengan pergi ke menu lungsur Menu Profil > Tetapan > Kawalan Privasi.
Menetapkan tetapan lalai tidak akan menyembunyikan statistik secara retroaktif; tindakan ini hanya melibatkan aktiviti yang dimuat naik selepas tetapan disimpan.
Soalan Lazim
Adakah saya masih boleh melihat butiran saya sendiri?
Ya, anda masih boleh melihat sebarang butiran yang anda telah sembunyi pada aktiviti anda.
Jika saya menyembunyikan butiran saya, adakah butiran masih akan menyumbang kepada ciri latihan seperti Kecergasan dan Kesegaran atau Usaha Relatif?
Ya, data tersembunyi masih akan dikira untuk ciri-ciri ini. Usaha Relatif juga akan tersembunyi daripada atlet lain jika anda memilih untuk menyembunyikan kadar denyutan jantung anda.
Bolehkah saya mengemas kini aktiviti lama secara pukal supaya butiran saya tersembunyi?
Anda boleh menyembunyikan kadar denyutan jantung anda daripada semua aktiviti terdahulu anda dengan mengikuti arahan yang dinyatakan di sini. Pada masa ini, anda tidak boleh menyembunyikan pace/kelajuan, kuasa, atau kalori secara pukal.
Bagaimanakah menyembunyikan kadar denyutan jantung berbeza dengan meluluskan/menolak Strava daripada memproses data berkaitan kesihatan?
Menyembunyikan kadar denyutan jantung akan membolehkan anda terus melihat data ini pada aktiviti anda tetapi disembunyikan daripada atlet lain. Menolak kebenaran Strava untuk memproses dan menyimpan data berkaitan kesihatan anda akan menghapuskan data kadar denyutan jantung sepenuhnya. Data akan dikeluarkan daripada fail aktiviti anda supaya tidak akan dilihat oleh anda atau orang lain. Anda boleh membaca lebih lanjut di sini.
Adakah menyembunyikan masa mula saya juga akan membuang tarikh?
Menyembunyikan masa mula tidak membuang tarikh; aktiviti anda akan tetap memaparkan hari ini atau tarikh tersebut.