Garmin dan Strava telah bekerjasama untuk membawa segmen Strava ke peranti Garmin anda.
Keperluan
Edge® 1030
Akaun Garmin Connect
Live Segments hanya tersedia untuk aktiviti-aktiviti berbasikal dan larian
Ciri-ciri baharu ini hanya akan tersedia untuk pelanggan-pelanggan Strava yang menggunakan Garmin Edge 1030 buat masa ini, tetapi ia juga akan diperkenalkan pada peranti-peranti akan datang. Sementara itu, sila semak artikel kami untuk Strava Live Segments pada Peranti Garmin anda
Segmen Berbintang
Segmen ditanda bintang anda akan dipaparkan secara automatik selepas anda memautkan akaun-akaun Connect dan Strava anda. Jika anda bintangkan segmen lain, ia akan dimuatkan pada peranti anda pada kali seterusnya anda segerak. Anda boleh menanda bintang segmen hampir di mana-mana sahaja anda melihatnya – daripada aktiviti, dalam penjelajah segmen, atau aplikasi mudah alih.
Pada Peranti Garmin anda
Anda akan menerima makluman apabila menghampiri mula segmen yang terdapat pada peranti anda, dan apabila segmen bermula. Sila ambil maklum bahawa Live Segments hanya tersedia untuk aktiviti-aktiviti berbasikal dan larian.
Semasa segmen, anda boleh memilih usaha yang ingin dibandingkan. Pemilihan automatik akan melaraskan kepada masa usaha terdekat di halaman perlumbaan. Usaha-usaha yang tersedia adalah:
Pesaing (Atlet-atlet yang anda mengikuti yang berada di atas dan di bawah anda pada papan kedudukan)
Rekod Peribadi
Terakhir (usaha anda yang paling terkini pada segmen)
Terbaik terkini (yang terbaik daripada lima usaha-usaha terkini anda di papan kedudukan)
KOM/QOM
Anda akan dimaklumkan apabila anda melengkapkan segmen, dan sama ada anda berjaya mengatasi masa yang anda tandingi – tetapi Strava.com mempunyai kata putus terakhir. Lihat Mengapa masa segmen saya berbeza selepas saya memuat naiknya berbanding di Garmin?
Pemberitahuan Segmen akan muncul secara automatik tetapi anda boleh membatalkan pengalaman Segmen Langsung semasa ia sedang berlangsung.
Pada peranti anda, anda boleh mematikan segmen individu buat sementara waktu, serta keseluruhan pengalaman Live Segments, atau memadam secara kekal sebahagian atau semua segmen yang disimpan pada peranti anda. Ini tidak akan menjejaskan segmen yang ditanda bintang dalam akaun Strava anda.
Terokai Segmen
Gunakan Segment Explore untuk mencari segmen paling popular di kawasan anda.
Segmen marquee ialah segmen Strava yang terbaik.
Ketik 'Muat Turun' untuk menambah segmen ke peranti anda dan navigasi ke mula segmen tersebut.
Soalan Lazim
Mengapa masa segmen saya berbeza selepas saya memuat naik berbanding dengan masa di Garmin saya?
Peranti Garmin menggunakan algoritma yang berbeza untuk menentukan bila seseorang pengguna memulakan dan menamatkan segmen berbanding Strava, yang boleh mempengaruhi masa berlalu yang dilaporkan untuk segmen tersebut. Untuk memastikan konsistensi antara pengguna, masa yang dipaparkan pada Garmin semasa aktiviti adalah sementara, dan masa yang dipaparkan di Strava selepas muat naik adalah muktamad.
Mengapa salah satu segmen yang telah saya tanda bintang tidak muncul semasa saya menungganginya?
Semasa berbasikal, jika isyarat GPS lemah, sukar untuk menentukan sama ada anda berada di segmen tertentu atau tidak. Selepas aktiviti dimuat naik, Strava boleh meneliti keseluruhan aktiviti dan menentukan dengan lebih tepat segmen mana yang telah dilalui – termasuk segmen yang tidak dipaparkan secara masa nyata.
Bolehkah saya menggunakan Live Segments pada Garmin saya semasa mengikuti laluan?
Ya, tetapi segmen mesti mula dan tamat di laluan tersebut.
Bagaimana jika saya tidak dapat memuatkan segmen saya ke Garmin?
Garmin anda mungkin masih ditetapkan untuk menggunakan Segmen Garmin, bukannya segmen Strava. Untuk menyemak perkara ini, buka Garmin Connect dan tambahkan segmen ke papan pemuka anda. Dari sini anda boleh menukar tetapan untuk menggunakan Segmen Strava. Selepas perubahan dibuat, segerakkan peranti anda dengan Garmin Express dan tetapan segmen anda akan dikemas kini.
Bagaimana jika beberapa segmen saya tidak diselaraskan ke Garmin saya?
Maksimum 100 segmen akan diselaraskan ke peranti Garmin anda. Kami juga tidak segerak segmen menuruni bukit ke peranti untuk Strava Live Segments. Sila ambil perhatian bahawa sistem kami mengesan walaupun kecerunan negatif yang paling kecil, jadi mungkin terdapat segmen yang memaparkan kecerunan 0% yang dianggap menurun dan oleh itu tidak akan disegerak ke peranti.
Percubaan 60 hari dengan pembelian 1030
Jika anda belum melanggan Strava pada masa ini, dan anda membeli Garmin 1030, anda layak untuk menerima percubaan selama 60 hari. Pertama, anda mesti mendaftarkan peranti dalam Garmin Connect. Kemudian anda akan melihat jubin Strava berwarna jingga pada Papan pemuka yang akan menghubungkan anda ke halaman percubaan. Jika anda tidak melihat tawaran percubaan Strava, klik pada anak panah kelabu di bahagian bawah kanan jubin Strava. Sepanduk kini sepatutnya muncul di hadapan tajuk.

