Alat Potong boleh digunakan untuk memangkas bahagian aktiviti yang tidak diingini, tidak tepat, atau dibantu motor. Sila ambil perhatian bahawa hanya aktiviti-aktiviti dengan data GPS boleh dipotong, yang mana ini akan mengecualikan beberapa aktiviti-aktiviti dalaman. Selain itu, data tidak boleh dipotong dari tengah aktiviti, hanya pada bahagian mula dan/atau akhir sahaja. Contoh situasi untuk menggunakan alat potong:
Potong masa rehat yang tidak diingini dari mula atau akhir sesuatu aktiviti.
Potong bahagian aktiviti yang direkodkan dalam kereta atau yang dibantu motor sama ada di permulaan atau penghujung aktiviti.
Padam ralat lokasi GPS pada mula atau akhir berbasikal.
Cara menggunakan Alat Potong
Di web, buka aktiviti yang anda ingin potong dan klik pada ikon elipsis. Pilih Potong daripada menu.
Gunakan peluncur untuk menentukan bahagian yang anda ingin simpan. Anda akan mengekalkan apa yang dipaparkan dalam oren dan mengalih keluar apa-apa yang dipaparkan dalam biru pada peta.
Untuk pelarasan kecil, anda boleh menggunakan butang Back dan Forward di bawah setiap hujung peluncur. Perhatikan bahawa anda boleh zum masuk dengan lebih jauh pada peta jika anda memilih paparan Satelit.
Apabila anda telah membuat pilihan anda, pilih Potong.
Pada aplikasi mudah alih, buka aktiviti yang anda ingin potong dan pilih ikon elipsis di penjuru kanan atas. Pilih Potong daripada pilihan menu.
Gunakan peluncur untuk menentukan bahagian yang anda ingin simpan. Anda akan mengekalkan apa yang dipaparkan dalam oren dan mengalih keluar apa-apa yang dipaparkan dalam biru pada iOS dan dalam kelabu pada Android.
Untuk pelarasan kecil, gunakan ikon anak panah untuk melaraskan masa mula atau tamat satu saat pada satu masa.
Apabila anda telah membuat pilihan, klik Simpan.
Bagaimana jika alat Potong tidak dapat menyelesaikan masalah anda?
Data tidak tepat di tengah-tengah aktiviti anda: Jika, sebagai contoh, bahagian aktiviti anda yang dilakukan dalam kereta berada di tengah-tengah berbasikal anda, anda tidak akan dapat menggunakan alat potong untuk membetulkannya. Malangnya, satu-satunya cara untuk membuang bahagian tengah sesuatu aktiviti adalah dengan memecahkan aktiviti tersebut kepada dua bahagian dan kemudian memangkas bahagian yang tidak diingini.
Seluruh aktiviti ini telah dilakukan dengan menaiki kereta: Kami mengesyorkan supaya anda menukar jenis aktiviti kepada selain daripada "berbasikal" atau "larian" jika seluruh aktiviti ini dibantu oleh kenderaan bermotor. Jika anda menukar jenis aktiviti, data tersebut tidak lagi layak untuk Papan Kedudukan Segmen khusus aktiviti. Jenis aktiviti paling umum untuk ini ialah Senaman.
Jika Aktiviti dengan data yang tidak tepat atau bahagian yang dipandu kereta itu bukan milik anda: Oleh kerana anda hanya boleh memotong aktiviti anda sendiri, jika anda menemui data yang tidak tepat milik orang lain, anda boleh lapor aktiviti tersebut untuk mengeluarkan semua masa mereka dari Papan kedudukan Segmen.
Buat Kesilapan?
Tiada cara untuk "nyahbuat" pemotongan aktiviti, tetapi anda boleh memuat naik semula versi asal aktiviti tersebut. Ini akan memerlukan sebarang versi sedia ada bagi aktiviti tersebut dipadam supaya versi baharu boleh dimuat naik. Sila ambil perhatian bahawa tindakan ini akan memadam semua kudos, komen-komen, dan foto yang berkaitan dengan aktiviti asal.
Dari halaman aktiviti di laman web Strava, klik pada ikon elipsis dan pilih Eksport Asal. Fail aktiviti asal akan dimuat turun ke komputer anda.
Padam aktiviti yang telah dipotong secara tidak betul.
Muat naik fail asal di sini.