Cara Ciri Ini Berfungsi
Untuk memilih keutamaan susunan suapan anda daripada aplikasi mudah alih Strava, buka tetapan anda daripada ikon tetapan di penjuru kanan atas Laman Utama, Kumpulan atau tab kawalan Anda dan pilih Susunan Suapan. Di laman web Strava, daripada menu ke bawah di bawah gambar profil anda, pilih Tetapan > Keutamaan Paparan > Susunan Suapan. Tetapan yang anda pilih akan digunakan pada suapan anda di laman web Strava dan juga aplikasi mudah alih.
- Untuk mengakses tetapan ini, sila pastikan aplikasi anda dikemas kini dengan memuat turun versi terkini daripada iTunes atau Google Play Store.
- Sebarang perubahan hanya akan digunakan pada aktiviti baru, jadi anda mungkin tidak akan melihat perbezaan pada mulanya. Tiada cara untuk menyusun semula aktiviti yang telah ditambahkan ke suapan anda sebelum anda mengubah keutamaan anda.
- Aktiviti daripada atlet yang telah anda tandai sebagai kegemaran mungkin akan dipaparkan lebih dekat dengan bahagian atas suapan anda, tanpa mengira pilihan susunan suapan yang anda pilih.
- Tetapan ini tidak akan digunakan pada suapan peribadi anda atau suapan kelab anda. Kedua-duanya disusun mengikut kronologi.
Pilihan Susunan Suapan
Apabila anda menyegarkan semula suapan anda, sebarang kandungan yang belum anda lihat akan ditambah di bahagian atas suapan mengikut susunan yang anda pilih. Segala kandungan yang telah anda lihat akan kekal mengikut urutan yang telah dilihat.
- Diperibadikan: Kami menyusun item dalam suapan anda bagi memastikan anda tidak terlepas item yang paling penting untuk anda. Susunan ini berdasarkan jenis aktiviti yang anda cenderung untuk berinteraksi dan usaha hebat yang mungkin anda terlepas.
- Aktiviti Terkini: Suapan disusun secara kronologi mengikut masa aktiviti baru diselesaikan. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah aktiviti mungkin kelihatan tidak mengikut urutan bergantung pada masa aktiviti dimuat naik atau jika kawalan privasi aktiviti tersebut telah dikemas kini.
Soalan Lazim
Mengapa suapan saya tidak mengikut kronologi walaupun saya telah memilih ‘Aktiviti Terkini’?
Apabila anda memuatkan suapan, sebarang aktiviti baru akan diisih mengikut kronologi. Ini beberapa situasi yang mungkin menyebabkan suapan tidak dipaparkan seperti itu:
- Aktiviti diisih mengikut masa tamat: Aktiviti yang lebih panjang dan bermula lebih awal akan disusun di atas aktiviti pendek yang bermula baru-baru ini.
- Aktiviti dimuat naik lama selepas aktiviti direkodkan: Aktiviti akan ditambahkan ke suapan apabila dimuat naik.
- Perubahan terkini pada tetapan susunan suapan: Mengubah tetapan ini hanya akan menjejaskan aktiviti yang dimuat naik selepas perubahan dibuat.
- Mengubah aktiviti daripada peribadi kepada umum: Aktiviti akan ditambahkan ke suapan selepas menjadi umum, yang mungkin berlaku beberapa jam selepas aktiviti dimuat naik.
- Aktiviti direkodkan dalam zon waktu yang berbeza: Aktiviti akan dipaparkan mengikut waktu tempatan.
Komen
Artikel ditutup untuk komen.