Langkau ke kandungan utama

Isu Penyegerakan Aktiviti dan Masa Mula Tidak Tepat Disebabkan Oleh Gulung Lampau GPS

Ditulis oleh Rochelle Garcia

Beberapa atlet telah mengalami masalah penyegerakan akibat perubahan GPS global ketara yang berlaku pada tengah malam 6 April 2019. Anda boleh membaca tentang perubahan di sini dan di sini. Jika pengeluar peranti anda tidak mengeluarkan kemas kini perisian untuk perubahan ini, rekod anda mungkin gagal untuk disegerak ke Strava ATAU disegerak dengan tarikh pada tahun 2000-an. Jika anda mengalami masalah penyegerakan seperti ini, anda boleh mengenal pasti masalah tersebut dengan mengikuti arahan berikut:

    1. Semak sama ada tahun aktiviti berada dalam tahun 2000-an walhal sepatutnya tidak. Log masuk ke Strava melalui komputer dan pilih Latihan > Aktiviti Saya. Togolkan penapis tarikh supaya aktiviti anda disusun dari yang paling lama hingga yang paling baru.

    2. Jika anda tidak melihat aktiviti terkini anda yang bertarikh dalam tahun 2000-an, sila cuba eksport aktiviti tersebut daripada peranti atau platform pihak ketiga anda dan muat naik secara manual ke akaun Strava anda menggunakan arahan di sini.

      1. Jika aktiviti dimuat naik dengan berjaya tetapi anda tidak melihat aktiviti dalam suapan anda, tarikh aktiviti tersebut mungkin telah kembali ke tahun 2000-an disebabkan oleh gulungan lampau GPS.

      2. Jika fail tidak dapat dimuat naik disebabkan ralat "kod masa hadapan", fail tersebut telah dirakam dengan tarikh masa hadapan yang menghalang aktiviti daripada dimuat naik dengan berjaya.

      3. Jika fail tidak dapat dimuat naik disebabkan ralat "masa", fail aktiviti tersebut mempunyai banyak ralat kod masa yang menghalang aktiviti daripada dimuat naik ke Strava.

Malangnya, kami tidak dapat membetulkan aktiviti yang direkodkan dengan tahun yang salah dan kami juga tidak dapat membetulkan fail yang gagal dimuat naik sepenuhnya. Untuk masa akan datang, kami sangat mengesyorkan agar anda sentiasa mengemas kini perisian peranti anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menghubungi pengeluar peranti anda dengan maklumat mengenai ralat khusus yang anda kenal pasti.

Adakah ini menjawab soalan anda?