Langkau ke kandungan utama

Melihat Sejarah Aktiviti anda di Strava

Ditulis oleh Rochelle Garcia

Ringkasan Kemajuan

Pelanggan-pelanggan Strava boleh melihat ringkasan kemajuan di bahagian atas seksyen Kemajuan pada tab kawalan Anda dalam aplikasi mudah alih Strava. Pilih jenis sukan atau usaha-usaha gabungan beberapa jenis sukan serta julat tarikh tersuai.

Carian Aktiviti

Anda boleh mencari aktiviti-aktiviti lepas anda sama ada melalui aplikasi mudah alih Strava atau laman web.

  • Terdapat dua cara untuk mencari aktiviti-aktiviti anda di aplikasi mudah alih. Dari menu navigasi bawah, pilih Anda > Aktiviti-aktiviti atau Anda > Kemajuan > Log Latihan > Lihat Lagi Latihan anda dan ketik ikon carian di bahagian kanan atas.

    • Cari mengikut kata kunci dan pilih daripada pelbagai penapis yang berbeza. Gunakan peluncur untuk menetapkan parameter bagi setiap tapis yang anda pilih.

  • Di laman web Strava, arahkan kursor anda ke tab kawalan Latihan di bahagian atas mana-mana halaman Strava, kemudian pilih Aktiviti-aktiviti Saya daripada menu lungsur.

    • Cari mengikut kata kunci atau jenis sukan, dan susun hasil anda mengikut butiran aktiviti. Memilih jenis sukan tertentu akan memaparkan medan tambahan untuk membantu anda menapis hasil carian anda.

    • Mengklik nama aktiviti anda akan membawa anda ke halaman aktiviti tersebut.

    • Anda mempunyai pilihan untuk memadam, menyunting, dan mengongsi aktiviti-aktiviti di sebelah kanan.

Suapan Aktiviti

Untuk melihat aktiviti-aktiviti anda sebagai subset dalam Suapan Aktiviti anda di halaman Papan pemuka , pilih Aktiviti-aktiviti Anda daripada menu lungsur di bahagian atas halaman.

MelihatAktivitiAnda2_BM.png

Profil Saya

Anda juga boleh melihat keseluruhan sejarah aktiviti anda di halaman Profil anda. Di bahagian tengah halaman, anda akan melihat paparan yang kelihatan seperti graf bar, di mana setiap bar mewakili satu minggu (Isnin hingga Ahad) aktiviti-aktiviti.

  • Anda boleh memilih pemboleh ubah yang ingin dipaparkan pada paksi-Y graf – masa, jarak, atau kenaikan ketinggian – atau menukar paparan supaya setiap bar mewakili sebulan dan bukannya seminggu.

  • Mengklik pada bar akan memaparkan aktiviti-aktiviti untuk tempoh masa tersebut dalam suapan mini di bawah graf dan akan menunjukkan jumlah jarak, masa, serta kenaikan ketinggian untuk tempoh itu tepat di atasnya.

  • Graf ini hanya akan memaparkan data untuk satu tahun pada satu masa. Anda boleh memilih tahun dengan mengklik menu lungsur di atas graf.

MelihatAktivitiAnda3_BM.png

Kalendar Latihan

Anda juga boleh memvisualisasikan latihan anda pada kalendar dengan melihat Kalendar Latihan anda. Klik tab kawalan Latihan di bahagian atas mana-mana halaman Strava.

  • Anda akan melihat satu tahun penuh aktiviti-aktiviti. Untuk beralih antara tahun, gunakan anak panah di sebelah tahun yang dipaparkan.

  • Tukar paparan untuk memaparkan masa, jarak, dan bilangan aktiviti-aktiviti atau PR anda. Arahkan kursor anda ke atas bar dalam paparan graf bar atas untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti minggu tersebut, berdasarkan parameter paparan yang anda pilih.

  • Klik pada bulan untuk melihat dengan lebih terperinci aktiviti-aktiviti pada bulan tersebut.

Adakah ini menjawab soalan anda?