Pencapaian Local Legend (LCL) diberikan kepada atlet yang melengkapkan sesuatu segmen paling banyak dalam tempoh 90 hari bergulir tanpa mengira pace atau kelajuan. Pencapaian LCL akan diberikan pada segmen larian, berbasikal, berjalan, mendaki, ski alpine/luar bandar/nordik, dan luncur salji.
Cara Ciri Ini Berfungsi
Halaman butiran segmen akan memaparkan bahagian Local Legendyang menyenaraikan atlet teratas. Pelanggan Strava boleh mengetik bahagian ini untuk melihat perbandingan usaha anda dengan LCL semasa, usaha keseluruhan, usaha wanita, dan usaha pengikut bersama anda.
Untuk memperoleh pencapaian Local Legend, anda mesti dipadankan dengan segmen tersebut lebih banyak kali berbanding mana-mana atlet lain dalam tempoh 90 hari yang lalu.
Usaha yang lebih lama daripada 90 hari akan dikeluarkan daripada kiraan usaha keseluruhan.
Anda boleh menjadi LCL tanpa mengira pace atau kelajuan anda yang direkodkan pada segmen.
Hanya aktiviti yang boleh dilihat oleh “Semua” akan dikira dalam usaha anda. Ketahui lebih lanjut tentang kawalan privasi aktiviti di sini.
Anda akan menerima ikon mahkota "Laurel" Local Legends di sebelah segmen pada halaman aktiviti anda serta pada halaman butiran segmen. Untuk melihat semua pencapaian local legend anda, daripada aplikasi mudah alih, buka tab kawalan Anda dan ketik gambar profil anda daripada bar navigasi atas. Pilih Segmen > Local Legends pada halaman seterusnya. Dari laman web Strava, arahkan tetikus anda ke gambar profil anda di bahagian kanan atas dan pilih Profil Saya > Legenda Tempatan.
Usaha segmen yang diselesaikan sebelum hari segmen itu dicipta tidak akan dikira untuk Local Legends. Ini bermakna anda mungkin akan melihat kurang daripada 90 hari aktiviti pada segmen yang baru sahaja dicipta.
Memilih Keluar daripada Local Legend
Aktiviti hanya akan dikira untuk ciri Local Legends jika tetapan privasi anda ditetapkan kepada "Semua". Anda boleh memilih untuk tidak menyertai semua pertandingan Local Legends daripada bahagian Local Legends pada mana-mana segmen yang layak atau dari halaman tetapan privasi anda. Setelah anda keluar daripada Local Legends, aktiviti anda tidak akan dikira untuk pencapaian Local Legends pada mana-mana segmen. Jika anda ingin menyertai semula pada masa akan datang, hanya aktiviti dari hari anda menyertai semula dan seterusnya akan dikira.
Daripada aplikasi mudah alih:
Di aplikasi mudah alih, buka tetapan anda daripada
ikon di penjuru kanan atas tab kawalan Anda.
Ketik Kawalan Privasi > Local Legend > pilih Tiada Sesiapa
Untuk membuka halaman segmen, pilih Peta > Segmen.
Ketik nama segmen daripada peta untuk membuka halaman butiran segmen, kemudian ketik pada Lihat Butiran.
Tatal ke bawah, kemudian ketik Usaha Terbaik di bawah “Pertandingan Segmen.”
Ketik pada ikon elipsis atau ikon "i" di penjuru kanan atas, kemudian pilih Tinggalkan Local Legends dan ikuti arahan untuk mengesahkan pilihan anda.
Daripada laman web:
Untuk membuka tetapan privasi anda, pergi ke halaman tetapan anda dengan mengarahkan kursor ke gambar profil anda di bahagian kanan atas dan pilih Tetapan.
Pilih Kawalan Privasi daripada menu navigasi di sebelah kiri dan pilih Tiada Sesiapa di bawah Local Legend.
Untuk membuka halaman segmen, pilih Peta daripada bar navigasi atas dan Segmen daripada halaman peta.
Local Legend pada Segmen Zwift
Mulai Oktober 2021, segmen terpilih daripada Zwift layak untuk pencapaian Local Legends. Pemberitahuan e-mel tentang pencapaian LCL pada segmen Zwift tidak akan dihantar pada peringkat awal. Pada masa hadapan, pemberitahuan boleh dikawal daripada halaman pemberitahuan emel pada laman web Strava.
Pada masa ini, Local Legends hanya tersedia untuk segmen Zwift terpilih. Tiada cara untuk menambah Local Legends pada segmen tanpa ciri tersebut, dan segmen mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung pada populariti dan penglibatan apabila kami terus menambah baik ciri ini.
Soalan Lazim
Bolehkah saya berhenti melanggan e-mel tentang pencapaian Local Legend?
Ya, anda boleh berhenti melanggan komunikasi ini daripada halaman pemberitahuan emel pada laman web.