Kebiasaannya, tetapan penjimatan bateri pada telefon Huawei adalah punca utama kebanyakan masalah GPS. Tetapan ini boleh memaksa GPS ditutup pada bila-bila masa, yang bermaksud aplikasi Strava tidak dapat terus merekod aktiviti anda. Cuba petua ini semasa membuat rakaman dengan telefon Huawei:
Pastikan anda menggunakan kemas kini terkini untuk aplikasi Strava dan peranti Android anda.
Seterusnya, pastikan anda menambah Strava sebagai 'aplikasi dilindungi' dalam tetapan telefon anda dan nyahdayakan atau abaikan sebarang pengoptimuman tenaga atau mod penjimatan bateri.
Satu pilihan yang dikongsi oleh komuniti kami ialah untuk mengelakkan skrin rekod Strava daripada terkunci secara automatik. Membiarkan skrin menyala sepanjang tempoh rakaman mungkin dapat mengelakkan telefon daripada mematikan GPS.
Senarai beberapa peranti Huawei dengan isu rakaman:
Peranti Android 6
Huawei Nova, Nova +
Huawei P8, P8 Lite
Huawei G7, G7 Plus
Huawei Mate 7, Mate S
Huawei Honor 7, 6, 6 Plus
Honor 7, 6, 6 Plus, 4C
Peranti Android 7
Huawei Mate 9, 8
Huawei P9, P9 Plus, P9 Lite
Honor 8