Jika anda cuba memuat naik fail GPS dan melihat mesej ralat bahawa fail anda "Kosong," fail tersebut tidak serasi dengan Strava. Ralat ini berlaku apabila tiada data GPS dalam fail yang anda cuba muat naik, terutamanya atas dua sebab:
Selalunya, jika anda mendapat ralat ini semasa memuat naik fail .TCX, perkara ini disebabkan Garmin anda telah menulis ganti aktiviti lama dengan yang lebih terkini. Jika anda sudah memuat naik aktiviti anda ke Garmin Connect atau Garmin Training Center, anda sepatutnya boleh mengeksport fail .TCX dari sana, selagi aktiviti asal merangkumi laluan peta sebenar anda dan bukan sekadar jumlah masa dan jarak.
Jika anda mendapat ralat ini semasa memuat naik fail .FIT, kemungkinan besar ini disebabkan oleh kerosakan pada fail itu sendiri — saiz fail biasanya sangat kecil, kadang-kadang hanya 72 bait.
Malangnya, dalam kedua-dua kes, fail-fail tersebut tidak dapat diperbaiki untuk dijadikan serasi dengan Strava. Pilihan terbaik anda adalah meminta rakan yang anda merekodkan aktiviti bersamanya untuk berkongsi fail asal mereka supaya anda boleh memuat naik fail,menjemput anda ke aktiviti tersebut, atau mencipta aktiviti manual. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila buat tiket sokongan.