Melihat Aktiviti-aktiviti
Mengetik pada satu aktiviti dari suapan anda akan membawa anda ke paparan penuh aktiviti tersebut. Dari situ, anda boleh melihat komen-komen, kudos, atau peserta lain bagi aktiviti tersebut, atau ketik gambar atlet untuk terus ke halaman profil mereka. Apabila memilih aktiviti anda, anda boleh ketik butang "Sunting" untuk menukar nama atau jenisnya, melaraskan privasinya, atau memadamkannya.
Mengetik paparan peta akan memaparkan peta skrin penuh dan senarai segmen yang sepadan. Ketik pada "Lihat Semua Keputusan" untuk melihat senarai lengkap keputusan segmen dan pencapaian-pencapaian yang berkaitan.
Jika anda sedang melihat satu aktiviti larian, anda juga akan melihat sebarang pencapaian-pencapaian usaha terbaik yang dianggarkan serta pecahan masa, dan jika anda sedang melihat aktiviti anda sendiri, anda akan mempunyai pilihan untuk melihat larian yang sepadan.
Atlet-atlet yang melanggan Strava akan melihat perkara berikut:
Cuaca semasa aktiviti anda menggunakan data daripada Weather Kit.
Jika aktiviti anda mengandungi data kadar denyutan jantung, skrol ke bawah untuk melihat Usaha Relatif anda.
Jika anda sedang melihat larian, skrol ke bawah untuk melihat Analisis Senaman.
Melihat Keputusan Segmen
Leret skrin utama aktiviti ke kanan sekali untuk melihat anggaran prestasi terbaik (jika tersedia pada aktiviti larian) dan keputusan segmen. Mengetik pada segmen dalam senarai keputusan akan membawa anda ke halaman usaha segmen. Dari situ, anda boleh ketik butang Analisis untuk melihat analisis usaha segmen secara terperinci dan serta-merta serta perbandingan dengan PR anda pada segmen tersebut, dan tatal ke bawah untuk melihat keseluruhan papan kedudukan segmen. Sila rujuk artikel kami mengenai keputusan segmen untuk maklumat lanjut dan tangkapan skrin terperinci.
Melihat Analisis Aktiviti
Pilih Lihat Analisis untuk melihat butiran Ketinggian, Kelajuan/Pace, dan Kadar denyutan jantung (jika ada) bagi aktiviti tersebut. Graf kadar kayuhan kini hanya tersedia untuk jenis aktiviti berbasikal, berbasikal maya, dan e-basikal. Pelanggan-pelanggan Strava boleh tatal ke bawah untuk melihat analisis kadar denyutan jantung mereka (jika tersedia), analisis zon kuasa untuk kayuhan, atau analisis zon pace untuk larian.