Ketinggian

Apakah itu?

Profil ketinggian memberi model visual tentang jumlah dan keterukan pendakian serta penurunan bukit dalam aktiviti kamu dan tempat di laluan aktiviti itu berlaku.

Bagaimanakah cara menggunakan ini?

Apabila dibandingkan dengan metrik seperti pace, kadar kayuhan, kadar denyutan jantung atau kuasa, kamu dapat melihat cara ketinggian dan kecerunan (mendaki atau menuruni bukit) mempengaruhi output, usaha dan kelajuan kamu.

Ini dapat memberi kamu gambaran yang lebih lengkap tentang aktiviti kamu dan sama ada kamu mencapai matlamat kamu berbanding metrik seperti pace atau kelajuan semata-mata.

Untuk butiran lanjut, baca artikel bantuan lanjutan di bawah.

Strava menggunakan pelbagai kaedah untuk mengira ketinggian

Cara Ketinggian dikira

Penting untuk diingat bahawa data ketinggian daripada semua sumber (altimeter barometrik, isyarat GPS dan pangkalan data) adalah tertakluk pada ralat dan kenaikan ketinggian bagi sesuatu aktiviti adalah satu anggaran. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik set data ketinggian dan algoritma kami.

Ketinggian pada segmen.Segmen sentiasa dicipta daripada aktiviti Strava, dan akibatnya, mewarisi beberapa ciri aktiviti tersebut.

  • Jika aktiviti asal direkodkan oleh peranti GPS dengan altimeter barometrik, segmen akan menggunakan data barometrik yang direkodkan oleh peranti tersebut.
  • Jika aktiviti asal tidak direkodkan oleh peranti barometrik, atau jika pentadbir Strava telah membina semula ketinggian untuk segmen tersebut, maka kami akan merujuk silang data GPS dengan peta asas ketinggian Strava untuk mendapatkan ketinggian. 

Ketinggian pada halaman aktiviti akan dikira dengan satu daripada dua cara: merujuk silang data GPS dengan pangkalan data atau menggunakan data barometrik dalam fail asal.

  • Peranti dengan altimeter barometrik:  Jika peranti GPS yang digunakan untuk merekod aktiviti kamu mempunyai altimeter barometrik, Strava akan menggunakan data ketinggian dalam fail asal. Kami akan melakukan sedikit pelicinan pada data tersebut, termasuk membuang unsur luaran untuk mengurangkan gangguan. Jumlah pelicinan adalah kurang pada aktiviti dengan data barometrik berbanding untuk aktiviti tanpa data barometrik. Jika peranti kamu mempunyai altimeter barometrik tetapi ketinggian kamu sedang dikira semula, sila rujuk kepada Soalan Lazim
  • Peranti tanpa altimeter barometrik dan aplikasi mudah alih Strava: Jika aktiviti kamu direkodkan dengan aplikasi mudah alih atau dengan peranti GPS yang tidak mempunyai altimeter barometrik, Strava akan menggunakan data GPS aktiviti kamu untuk "mencari" ketinggian bagi setiap titik yang kamu rekodkan. Kami akan melakukan pelicinan pada data tersebut, termasuk membuang unsur luaran untuk mengurangkan gangguan. Jumlah pelicinan adalah lebih banyak pada aktiviti tanpa data barometrik berbanding untuk aktiviti dengan data barometrik. Walaupun kami cuba memadankan laluan aktiviti kamu dengan denai dan jalan sebenar di kawasan tersebut, pengiraan ketinggian masih bergantung pada data GPS kamu dan ketepatan pangkalan data untuk kawasan itu. Jika kamu mempunyai soalan atau maklum balas tentang data ketinggian aktiviti kamu, sila maklumkan kepada kami dengan mengisiborang ini. Sila ambil perhatian bahawa maklum balas kamu mungkin digunakan untuk menambah baik peta asas ketinggian atau membetulkan sebarang isu, tetapi kamu mungkin tidak akan menerima maklum balas daripada kami.

Ketinggian pada laluan.Pembina Laluan Strava kami menggunakan pangkalan data peribadi kami sendiri untuk mengira data ketinggian. Data GPS laluan akan dirujuk silang dengan pangkalan data ini apabila ketinggian Laluan dikira. 

Butiran

Pangkalan data ketinggian

Pada masa lalu, kami merujuki pangkalan data ketinggian awam untuk menentukan ketinggian di setiap titik dalam aktiviti. Penguraian pangkalan data ini berbeza berdasarkan lokasi dan kami tidak dapat mengawal pelbagai ralat dalam pangkalan data ini. Kini, kami mempunyai perkhidmatan carian ketinggian yang dikuasakan oleh data daripada komuniti Strava. Setiap aktiviti yang dimuat naik daripada peranti dengan altimeter barometrik digunakan untuk membina peta asas ketinggian Strava. 

Untuk mengambil kira kebolehubahan bawaan dalam data GPS, kami menggunakan algoritma untuk memastikan bahawa kami sedang "mencari" ketinggian bagi jalan atau denai yang kamu sebenarnya lalui. Garisan merah dalam imej di bawah ialah contoh data GPS yang menyimpang dari denai sebenar (diwakili oleh warna biru). Algoritma kami telah mengenal pasti perkara ini dan akan menggunakan data ketinggian yang diwakili oleh garisan biru, bukannya data GPS sebenar yang sedikit "tersasar". 

Had peta asas ketinggian Strava

Mungkin tiada data peta asas tersedia untuk semua atau sebahagian aktiviti kamu. Oleh itu, kami akan menggunakan pangkalan data awam untuk mencari data ketinggian kamu. Rangkaian jalan yang padat atau data GPS yang kurang berkualiti juga boleh menghalang kami daripada memilih titik rujukan yang betul dalam peta asas atau pangkalan data awam. 

Altimeter barometrik

Altimeter barometrik menentukan altitud dengan mengukur tekanan atmosfera. Pengukuran boleh dipengaruhi oleh perubahan cuaca atau lubang sensor tersumbat oleh air atau serpihan lain. Pengeluar peranti mungkin menyediakan prosedur penentukuran asas. Contohnya, peranti Garmin dengan altimeter barometrik membolehkan sejumlah titik ketinggian manual ditetapkan; memulakan aktiviti berhampiran titik ketinggian menyebabkan peranti menggunakan ketinggian yang diketahui sebagai titik permulaan. Rujuk manual peranti kamu untuk mengetahui tentang prosedur penentukuran. Secara umumnya, kami menganggap data daripada altimeter barometrik berkualiti lebih tinggi berbanding data yang diperoleh daripada isyarat GPS dan kami lebih mengutamakannya semasa memproses aktiviti.

Masalah biasa dengan peranti barometrik

Profil ketinggian kelihatan seperti berubah secara perlahan dari semasa ke semasa. Ini boleh berlaku dengan altimeter barometrik apabila cuaca berubah (cth., tekanan atmosfera meningkat atau menurun, menyebabkan altimeter mengukur seolah-olah berada pada altitud yang lebih rendah atau lebih tinggi).

Isu Lain yang Diketahui dan Rupa Bumi yang Bermasalah

  • Aktiviti mempunyai kawasan yang ketinggian adalah sifar atau sangat linear. Ini boleh berlaku apabila melintasi jambatan atau melalui kawasan yang tiada liputan. Garis pinggir laut boleh menjadi sangat menyusahkan. Kami cuba mengisi data dengan membuat interpolasi; interpolasi ini bergantung pada lokasi bermulanya dan berakhirnya data yang hilang.
  • Profil ketinggian mempunyai pendakian tetapi kenaikan ketinggian adalah sangat kecil. Kami melicinkan data sebelum mengira kenaikan dan bergantung pada data yang terhasil, perubahan ketinggian mungkin tidak mencukupi untuk melepasi ambang yang kami gunakan bagi menentukan sama ada kamu telah memperoleh kenaikan ketinggian atau tidak.
  • Profil ketinggian mempunyai pendakian tetapi kenaikan ketinggian adalah sangat besar. Ini sering berlaku dengan aktiviti yang direkodkan di kawasan pergunungan di luar AS. Penguraian set data boleh menjadi kasar dan profil mungkin kelihatan lebih berbonggol-bonggol daripada sepatutnya walaupun dengan interpolasi dan pelicinan. Kadangkala profil menjadi sangat kasar seolah-olah kamu cuba mencari profil ketinggian yang licin di atas model blok lego kawasan kamu. Bonggol-bonggol ini mungkin melepasi ambang dalam pengiraan kenaikan dan jumlah kenaikan daripada bonggol-bonggol ini mungkin meningkat daripada kenaikan yang kamu rasakan semasa berbasikal.

Cabaran Ketinggian

Strava menganjurkan pelbagai cabaran olahraga untuk atlet kami dan sebahagiannya mempunyai matlamat ketinggian/pendakian. Disebabkan keterlihatan tinggi papan kedudukan cabaran ini, ralat berasaskan ketinggian akan muncul lebih mudah berbanding kebiasaannya. Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat banyak pemboleh ubah tak terkawal yang terlibat dalam pengiraan kenaikan ketinggian. Pemboleh ubah ini boleh menyebabkan jumlah ketinggian yang keterlaluan, terutamanya jika aktiviti berlaku di kawasan antarabangsa, pergunungan atau pantai. Jika kamu melihat aktiviti dengan kenaikan ketinggian yang tidak tepat, jangan laporkan. Kebanyakan masa, ini berpunca daripada penguraian pangkalan data yang teruk, yang berada di luar kawalan atlet.

Klik di sini untuk Soalan Lazim

Adakah artikel ini membantu?
626 daripada 673 mendapati ini berguna

Komen

0 komen

Artikel ditutup untuk komen.