Strava membenarkan atlet yang berumur lebih daripada 13 tahun untuk cipta akaun.
Terma dan polisi baharu kami memberikan perlindungan khas terhadap data berkaitan kesihatan, jadi jika anda berumur di bawah 16 tahun, anda tidak akan dapat memuat naik data kadar denyutan jantung atau menerima analisis kadar denyutan jantung. Kami membuat keputusan ini sebahagiannya kerana undang-undang perlindungan data baharu di EU. Kami percaya undang-undang ini akan menjadi amalan terbaik di peringkat global dan sedang melaksanakannya untuk semua atlet Strava. Kami faham ini mungkin mengecewakan jika anda tidak tinggal di EU atau tidak merancang untuk melawat, tetapi kami ingin menetapkan piawaian yang adil untuk semua atlet Strava yang juga menunjukkan komitmen kami terhadap privasi dan keselamatan mereka.
Strava menyediakan satu set kawalan privasi lalai alternatif untuk akaun baharu apabila anda berumur di bawah 18 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tetapan kawalan privasi lalai anda apabila di bawah 18 tahun, baca artikel ini.
Komen
Artikel ditutup untuk komen.