Usaha Segmen Dikecualikan

Cara Ia Berfungsi

Untuk memastikan papan kedudukan segmen kami seadil mungkin, kami meminta semua atlet Strava ikuti garis panduan papan kedudukan segmen yang dinyatakan di sini. Kami faham kesilapan boleh berlaku, namun, apabila anda memuat naik larian atau tunggangan basikal berasaskan GPS, Strava akan cuba mengesan sebarang usaha segmen yang tidak mungkin sah untuk jenis aktiviti tersebut. Sama seperti alat lapor / tandakan aktiviti komuniti kami jugal, usaha-usaha ini akan dikeluarkan secara automatik daripada papan kedudukan segmen. Tidak seperti alat lapor / tandakan komuniti kami, keseluruhan aktiviti anda tidak akan dikecualikan daripada papan kedudukan segmen, hanya usaha yang dianggap tidak mungkin sahaja.

Usaha mungkin dikecualikan daripada aktiviti anda jika anda membiarkan GPS berjalan semasa anda berada dalam kenderaan, jika aktiviti anda dimuat naik di bawah jenis yang salah, atau jika data yang tidak realistik direkodkan akibat ralat GPS. Anda mempunyai beberapa pilihan untuk menyelesaikan isu ini atau membuang data tersebut jika anda mahu:

  • Gunakan alat potong untuk membuang mana-mana bahagian yang tidak tepat atau dibantu motor dari permulaan atau penghujung aktiviti.
  • Tukar jenis sukan aktiviti jika aktiviti telah direkod atau dimuat naik secara tidak sengaja sebagai jenis yang salah. Ini termasuk kayuhan e-basikal yang dikategorikan sebagai kayuhan biasa.
  • Jika anda telah merekodkan tunggangan kereta, data GPS yang tidak tepat, atau motor-pacing di tengah-tengah aktiviti anda, anda boleh membahagikan aktiviti pada permulaan bahagian yang terjejas dan kemudian potong data yang tidak tepat.

Melihat Usaha Anda yang Dikecualikan

Untuk melihat segmen mana yang anda telah dikecualikan semasa sesuatu aktiviti:

  • Pada aplikasi mudah alih, pergi ke Anda > Aktiviti dan ketik pada aktiviti yang anda ingin lihat. Tatal ke bawah ke segmen yang sepadan dan ketik Lihat Semua Keputusan. Bilangan usaha yang dikecualikan akan dipaparkan pada halaman seterusnya dan anda boleh ketik Usaha Dikecualikan untuk maklumat lanjut.
  • Di laman web, buka aktiviti yang anda ingin lihat sama ada dari profil atau suapan anda. Tatal ke bawah ke “Segmen” yang sepadan dan anda akan melihat bilangan usaha yang dikecualikan tepat di bawah “Segmen” jika ada.

Untuk melihat aktiviti anda yang dikecualikan daripada segmen tertentu:

  • Pada aplikasi mudah alih, buka skrin butiran segmen dengan mengetik pada segmen dari halaman aktiviti anda. Ketik Keputusan Saya dan anda boleh memilih bilangan usaha yang dikecualikan pada skrin seterusnya jika ada.
  • Di laman web, buka skrin butiran segmen dengan mengklik pada segmen dari halaman aktiviti anda. Bilangan usaha yang dikecualikan akan disenaraikan di sebelah kanan di bawah “Statistik Anda”. 

Soalan Lazim

Bolehkah saya membantah usaha yang dikecualikan?

Tidak, setelah sesuatu usaha dikecualikan, tiada cara untuk menambahkannya semula ke papan kedudukan segmen. Anda boleh menggunakan salah satu pilihan yang disenaraikan di bahagian atas halaman ini untuk membuang data yang tidak diingini daripada aktiviti anda atau memastikan jenis aktiviti adalah betul.

Bolehkah saya masih mendapat PR / rekod peribadi pada usaha yang dikecualikan?

Tidak, usaha-usaha ini tidak akan layak untuk PR / rekod peribadi anda pada segmen tersebut.

Adakah aktiviti saya masih dikira untuk cabaran?

Ya, aktiviti dengan usaha yang dikecualikan masih akan dikira dalam kemajuan cabaran anda .

Adakah artikel ini membantu?
44 daripada 453 mendapati ini berguna

Komen

0 komen

Artikel ditutup untuk komen.