Langganan hadiah Strava membolehkan anda membeli setahun ciri-ciri premium untuk ahli keluarga atau rakan. Anda boleh membeli langganan hadiah tahunan di laman web Strava, dengan had satu untuk setiap pembelian.
Menebus Hadiah
Jika seseorang membelikan anda langganan hadiah Strava, anda akan menerima e-mel dengan pautan penebusan unik. Ikuti arahan dalam e-mel untuk menebus hadiah anda. Perkara seterusnya bergantung pada status langganan anda sekarang:
Langganan baharu kepada berbayar: Tebus hadiah anda menggunakan pautan dalam e-mel. Akses ciri anda bermula serta-merta.
Telah melanggan melalui laman web Strava: Anda boleh menebus hadiah anda tanpa membatalkan apa-apa. Penebusan hadiah akan melanjutkan akses ciri dan tarikh pembaharuan anda selama satu tahun, dan langganan anda akan dibaharui seperti biasa selepas itu.
Telah melanggan melalui App Store atau Google Play: Anda perlu membatalkan langganan anda dan tunggu sehingga tamat sebelum anda boleh menebus hadiah tersebut. Setelah langganan tamat tempoh, tebus hadiah menggunakan arahan atau pautan daripada e-mel. Pada akhir lanjutan satu tahun, anda perlu melanggan semula.
Kini dalam pratonton langganan percuma: Menebus hadiah akan memberi anda akses kepada ciri-ciri selama 1 tahun dari tarikh penebusan.
Untuk membatalkan langganan daripada Google Play, klik di sini untuk pergi ke halaman pengurusan langganan anda.
Untuk membatalkan langganan di Apple App Store, klik di sini untuk pergi ke halaman pengurusan langganan anda.
Soalan Lazim
Bolehkah saya membeli langganan hadiah dari App Store atau Google Play?
Tidak, langganan hadiah hanya boleh diperoleh melalui laman web Strava.
Berapa lama saya ada untuk menebus hadiah saya?
Semua langganan hadiah mesti ditebus dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian.
Bolehkah saya menghadiahkan langganan bulanan?
Pada masa ini, anda hanya boleh menghadiahkan langganan tahunan.
Bolehkah saya memberi hadiah kepada seseorang yang sudah melanggan?
Ya. Jika mereka melanggan melalui laman web Strava, mereka boleh menebut hadiah pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh, dan melanjutkan langganan mereka selama 12 bulan lagi. Jika mereka melanggan melalui App Store atau Google Play, mereka mesti membatalkan langganan semasa dan menunggu sehingga langganan tamat tempoh sebelum menebus hadiah mereka. Semua ciri langganan dan data mereka akan dibawa ke langganan seterusnya.
Bolehkah langganan hadiah Strava dibayar balik?
Langganan hadiah mungkin layak untuk bayaran balik dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Jika hadiah telah ditebus, langganan penerima akan diturun taraf kembali secara automatik kepada Percuma.